Sesi Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 di Pulau Pinang pada 24 Ogos 2025.
Hadir bersama sesi tersebut ialah YBhg. Dato' Aziz bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PDC, YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Bahagian IV dan YBrs. Puan Faizah binti Abdullah, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.