Sesi Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam dan Pengarah Audit Negeri
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan Sesi Perjumpaan Bersama Ketua Unit Audit Dalam (KUAD) dan Pengarah Audit Negeri (PAN) pada 23 Ogos 2025 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri menegaskan kepentingan peranan pegawai yang dilantik sebagai KUAD dan PAN untuk bertindak sebagai pemudahcara antara JAN dengan kementerian/jabatan/agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri. Tanggungjawab ini amat penting dalam memastikan kelancaran komunikasi, penyelarasan maklumat dan kerjasama yang berkesan antara semua pihak terlibat.
Sesi ini turut membincangkan cadangan penambahbaikan yang menyokong inisiatif memperkukuh fungsi pengauditan, mempertingkatkan kompetensi pegawai, mengukuhkan amalan etika kerja dan memupuk semangat berpasukan, demi memelihara nama baik serta kredibiliti Jabatan.
Turut hadir ialah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).