faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Bacaan Yasin Perdana Jabatan Audit Negara

WhatsApp Image 2025 08 23 at 05.07.44 WhatsApp Image 2025 08 23 at 05.07.45 WhatsApp Image 2025 08 23 at 05.07.45 1 WhatsApp Image 2025 08 23 at 05.07.45 2 WhatsApp Image 2025 08 23 at 05.07.47 WhatsApp Image 2025 08 23 at 05.07.51

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, menghadiri Majlis Bacaan Yasin Perdana Jabatan Audit Negara pada 22 Ogos 2025 di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM).

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zulkepeli.

Majlis ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarham Mohd Sazali bin Mohd Saad, mantan Ketua Penolong Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (JAN) Pulau Pinang, yang telah kembali ke rahmatullah pada 15 Ogos 2025 lalu.

Doa turut dipanjatkan untuk kesejahteraan negara dan keamanan rakyat Malaysia.

Selain itu, warga JAN bersama-sama berdoa agar segala urusan program kali ini dipermudahkan, khususnya dalam menghadapi pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang seterusnya.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Puan Faizah binti Abdullah, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang; serta warga JAN dari seluruh negara.

 

  • Dikemaskini pada: 22 Aug 2025
  • Cetak
  • 12

faqhubungimaklumbalaspeta