faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah

1 2 3 4 5 6

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 22 Ogos 2025 di Pulau Pinang kepada dua syarikat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. serta Kynetics Land Sdn. Bhd.

Inisiatif pengauditan Syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.

Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YBhg. Dato' Mohd Sahil bin Zabidi, manakala Kynetics Land Sdn. Bhd. diwakili oleh Pemangku Pengurus Besar, Encik Mohd Azlan bin Ismail.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Sektor Pengurusan Syarikat Kerajaan I, Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Audit Sektor Pengurusan Syarikat Kerajaan II dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

 

  • Dikemaskini pada: 22 Aug 2025
  • Cetak
  • 8

faqhubungimaklumbalaspeta