faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang

1 2 3 4 5  

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 22 Ogos 2025 di Bayan Lepas, Pulau Pinang kepada dua syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu PDC Setia Urus Sdn. Bhd. dan PDC Telecommunication Services Sdn. Bhd.

Inisiatif pengauditan Syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.

PDC Setia Urus Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Loi Kai Horng, Ketua Pegawai Eksekutif manakala PDC Telecommunication Services Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Hasmunir bin Hamid, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat I; Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat II; dan Puan Faizah binti Abdullah, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.

 

  • Dikemaskini pada: 22 Aug 2025
  • Cetak
  • 8

faqhubungimaklumbalaspeta