faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Executive Talk Bersama Ketua Audit Negara Bertema Pengurusan Kewangan Institusi Awam

WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.29 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.35 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.38 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.41 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.43 1 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.44

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menyampaikan 'Executive Talk' bertajuk “Risiko, Kawalan Dalaman & Audit: Meningkatkan Pengurusan Kewangan Institusi Awam” yang diadakan pada 22 Ogos 2025, di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa, Universiti Sains Malaysia (USM).

Program ini telah menghimpunkan lebih 200 peserta, terdiri daripada warga kerja pengurusan kewangan dan pelajar USM dalam usaha memperkukuh kefahaman terhadap prinsip tadbir urus kewangan yang berintegriti dan berkesan.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri telah mengupas peranan Jabatan Audit Negara dalam mengenal pasti kelemahan kawalan dalaman serta mengemukakan syor penambahbaikan yang bersifat strategik dan konstruktif. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan audit sebagai mekanisme semak dan imbang dalam memperkasakan pengurusan kewangan sektor awam.

Sesi ini turut diserikan dengan interaksi dua hala, di mana YBhg. Dato’ Seri meluangkan masa menjawab pertanyaan daripada para peserta, sekali gus memperkukuh pemahaman dan membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam mengenai isu-isu berkaitan integriti dan akauntabiliti kewangan.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah YBhg. Datuk Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), serta YBrs. Profesor Dr. Habibah A Wahab, FASc, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), USM.

WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.46 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.50 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.21.57 1 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.22.01 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.22.01 1 WhatsApp Image 2025 08 22 at 15.22.05

 

 

  • Dikemaskini pada: 25 Aug 2025
  • Cetak
  • 7

faqhubungimaklumbalaspeta