faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kursus Pra Persaraan Jabatan Audit Negara Siri 2 Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 08 22 at 06.42.08 WhatsApp Image 2025 08 22 at 06.42.08 1 WhatsApp Image 2025 08 22 at 06.42.08 2 WhatsApp Image 2025 08 22 at 06.42.10  

 

YBhg Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Pra Persaraan Jabatan Audit Negara Siri 2 pada 21 Ogos 2025 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kursus anjuran Akademi Audit Negara bermula dari 20 hingga 22 Ogos 2025 ini dihadiri seramai 18 orang pegawai Jabatan Audit Negara daripada Ibu Pejabat, Cawangan Negeri dan Unit Audit Dalam Kementerian yang akan bersara pada tahun 2025, 2026 dan 2027.

Objektif utama kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan menyeluruh tentang faedah persaraan, pengurusan kewangan dan wasiat, serta persediaan kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani bagi menghadapi fasa persaraan secara berhemah dan terancang.

Dalam ucapan beliau, YBhg Dato' Seri Ketua Audit Negara memberi penghargaan kepada bakal-bakal pesara yang telah menabur bakti dan banyak menempa kejayaan dan kenangan berharga bersama Jabatan Audit Negara. Beliau juga mendoakan supaya bakal-bakal pesara sentiasa diberkati dengan kesihatan yang berpanjangan serta berbahagia di samping keluarga tersayang.

Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan; YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara dan Cik Faizah binti Abdullah, Pengarah JAN Negeri Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2025 08 22 at 06.42.11 WhatsApp Image 2025 08 22 at 06.42.11 1 WhatsApp Image 2025 08 22 at 06.42.11 2 WhatsApp Image 2025 08 22 at 06.42.11 3

 

 

  • Dikemaskini pada: 21 Aug 2025
  • Cetak
  • 20

faqhubungimaklumbalaspeta