Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 21 Ogos 2025 di Jabatan Audit Negara, Negeri Perak.
Penyerahan tersebut dibuat kepada syarikat Kerajaan Negeri Perak iaitu Perak Investment Management Centre serta syarikat subsidiari Lembaga Air Perak iaitu Millenia Aqua Services Sdn. Bhd.
Inisiatif pengauditan Syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai awal tahun ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.
Perak Investment Management Centre diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohamad Hashim bin Abdul Ghani manakala Millenia Aqua Services Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Ir. Lokman bin Abd. Rahim, Pengurus Besar Lembaga Air Perak.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Puan Selwah binti Haji Said, Pengarah Audit Negeri Perak; dan Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |