Association Of Certified Fraud Examiners (ACFE) Asia Pacific Fraud Conference 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah dijemput sebagai tetamu terhormat (Guest of Honour) dan menyampaikan ucaptama pada Opening General Session ACFE Asia Pacific Fraud Conference 2025 yang julung kali di adakan di Malaysia. ACFE Conference 2025 telah berlangsung pada 21 Ogos 2025 di Kuala Lumpur yang menghimpunkan seramai 306 peserta secara fizikal dan maya daripada 25 buah negara rantau Asia Pasifik.
Ketibaan Ketua Audit Negara turut disambut oleh Encik John D. Gill, J.D., CFE, Presiden ACFE dari Austin, Texas, yang juga Ahli Penasihat kepada ACFE Board of Regents.
Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pandangan mengenai peranan Jabatan Audit Negara sebagai institusi audit dalam memperkukuh akauntabiliti kerajaan, integriti kewangan, dan kepercayaan awam.
Beliau turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam pelaksanaan reformasi dan pengukuhan peranan pengauditan awam melalui pindaan Akta Audit 1957 serta pelaksanaan transformasi digital Jabatan Audit Negara seperti e-Self Audit dan Auditor General Dashboard (AGD).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |