Mesyuarat Pengadaptasian Solusi Kecerdasan Buatan (AI) Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Pengadaptasian Solusi Kecerdasan Buatan (AI) Jabatan Audit Negara (JAN) pada 21 Ogos 2025 di ibu pejabat JAN.
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama Kementerian Digital, Jabatan Digital Negara, Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) ke arah pengadaptasian solusi AI dalam persekitaran JAN.
Perbincangan turut menekankan aspek pengukuhan infrastruktur digital bagi menyokong proses pengauditan dalam ekosistem yang selamat dan terjamin.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital; YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara; YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), JAN; YBhg. Datuk Zahid bin Ismail, Ketua Pengarah MPC dan YBrs. Puan Julaila binti Engan, Timbalan Ketua Pengarah Kanan Keselamatan (Dasar), CGSO.