Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI, Jabatan Audit Negara dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia telah diadakan pada 19 Ogos 2025 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara dengan kehadiran YBrs. Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Profesional, Akademi Kenegaraan Malaysia.
Seramai 424 peserta telah menghadiri seminar ini yang diadakan secara hibrid. Seminar ini diadakan dengan mengambil semangat bulan kemerdekaan yang ke-68 tahun dengan tema ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.’
Dalam amanat YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara, beliau menekankan seminar sebegini amat penting dalam usaha memperkukuh kefahaman tentang konsep kenegaraan melalui peranan setiap warganegara dalam pembangunan negara khususnya pegawai di Jabatan Audit Negara.
Turut hadir ke seminar ini ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara termasuk barisan Pengurusan Kanan.