Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS) Bilangan 1 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS) Bilangan 1 Tahun 2025 pada 19 Ogos 2025 di ibu pejabat JAN.
Mesyuarat JTKS ini adalah mesyuarat yang julung kali diadakan setelah penubuhannya diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 6 Bil. 1 Tahun 2025 pada 3 Jun 2025.
Penubuhan JTKS selaras dengan pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] di bawah subseksyen 9(4), yang memberi mandat kepada Ketua Audit Negara untuk membawa isu ketakteraturan serius kepada KSP pada bila-bila masa serta boleh memberikan apa-apa syor untuk menangani isu ketakteraturan serius tersebut. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mempercepatkan tindakan penyelesaian atau penguatkuasaan bagi memperkukuh ketelusan serta akauntabiliti tadbir urus kewangan negara.
Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg. Dato’ Indera TKPj Junipah binti Wandi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).