Majlis Menandatangani Perjanjian Program Pensijilan Profesional Bagi Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Menandatangani Perjanjian Program Pensijilan Profesional bagi pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) telah diadakan pada hari ini, 18 Ogos 2025 di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JAN termasuk ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara, Pengarah Sektor Pengurusan dan Pengarah Akademi Audit Negara.
Turut hadir Presiden Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) bersama Ketua Unit Audit Dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Setiausaha Bahagian Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri serta Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Dasar dan Perancangan Strategik Perbendaharaan Malaysia.
Seramai empat orang pegawai JAN yang ditempatkan di Unit Audit Dalam Jabatan/Kementerian telah menandatangani perjanjian pembiayaan bagi mengikuti pengajian Certified Internal Auditors (CIA) manakala seorang pegawai daripada Bahagian Susulan Audit JAN akan mengikuti pengajian Certified Fraud Examiner (CFE). Tempoh perjanjian bagi kedua-dua pengajian tersebut adalah selama 24 bulan (2 tahun) bermula tarikh perjanjian ditandatangani pada hari ini.