Majlis Peluncuran Seminar Wibawa Firma Audit Swasta
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Peluncuran Seminar Wibawa Firma Audit Swasta (FAS) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) pada 18 Ogos 2025 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara di Bandar Enstek, Nilai.
Seramai 84 orang peserta terdiri daripada rakan kongsi, pengurus dan juruaudit bertauliah daripada 41 FAS telah menghadiri seminar yang julung kali diadakan ini.
Seminar Wibawa FAS merupakan inisiatif baharu JAN bagi memberi pemahaman kepada pihak FAS yang dilantik oleh Ketua Audit Negara mengenai dasar dan peraturan berkaitan pengurusan kewangan, pengurusan pelantikan FAS yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, profesionalisme dan etika Juruaudit serta pengauditan dalam persekitaran sektor awam.
Seminar ini diadakan susulan daripada Majlis Penyerahan Surat Kuasa kepada FAS yang telah diadakan di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya pada 18 April 2025 di mana YBhg. Dato’ Seri KAN menekankan mengenai elemen wibawa dalam pelantikan FAS selaras dengan subseksyen 7(3) Akta Audit 1957 [Akta 62].
Dalam amanat beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN mengharapkan komitmen semua FAS untuk melaksanakan pengauditan dengan penuh rasa tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti selaras dengan kehendak dan aspirasi pemegang taruh JAN. Sesi dialog bersama Dato’ Seri KAN turut diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit semasa pengauditan dan cadangan penambahbaikan.
Hadir sama dalam majlis ini ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara dan Pengarah Akademi Audit Negara.