faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Ogos 2025

WhatsApp Image 2025 08 18 at 12.17.13 WhatsApp Image 2025 08 18 at 12.17.13 2 WhatsApp Image 2025 08 18 at 12.17.14 WhatsApp Image 2025 08 18 at 12.17.15 1 WhatsApp Image 2025 08 18 at 12.17.16  

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos 2025 yang berlangsung pada hari Isnin, 18 Ogos 2025 bertempat di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menekankan Kerajaan giat melaksanakan transformasi digital melalui pelbagai inisiatif seperti AI untuk Rakyat, penubuhan Institut AI dan pembangunan teknologi pintar demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.

Walau bagaimanapun, ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan perlulah sentiasa disemak. Pendigitalan harus disertai dengan integriti, ketelitian dan kepekaan terhadap amanah rakyat.

Turut hadir, YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); serta 51 pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara dari Putrajaya, Negeri Sembilan dan Selangor.

 

  • Dikemaskini pada: 18 Aug 2025
  • Cetak
  • 6

faqhubungimaklumbalaspeta