Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Khas Kabinet (CABCOM) Negeri Sarawak Ke Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Jawatankuasa Khas Kabinet (CABCOM) Negeri Sarawak yang diketuai oleh YB Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman) merangkap
Pengerusi CABCOM pada 16 Ogos 2025 di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan amalan terbaik dalam usaha kedua pihak untuk memperkukuh ketelusan serta akauntabiliti dalam agensi-agensi kerajaan di Negeri Sarawak. Ia turut menekankan kepentingan mekanisme semak dan imbang yang berkesan, ke arah mempertingkat sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan awam negara.
Antara perkara yang dibincangkan adalah pelbagai cadangan kerjasama antara CABCOM dan JAN termasuk aspek Pemakaian Piawaian Perakaunan bagi Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak, susulan isu audit yang dibangkitkan dalam Auditor General’s Dashboard (AGD) serta peningkatan kursus Latihan mengenai pengurusan kewangan anjuran JAN di Sarawak.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Audit Negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |