faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

JAN Merdeka Explorace Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025 Peringkat Jabatan Audit Negara

WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.15 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.16 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.19 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.19 1 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.20 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.21 1    

 

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah meluncurkan JAN Merdeka Explorace Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025 Peringkat JAN pada 16 Ogos 2025 bertempat di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Program ini dilaksanakan oleh JAN dengan kerjasama Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP).

Hadir bersama dalam program tersebut adalah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), dan YBrs. Tuan Haji Azunan Daud, Yang Dipertua KAWIP serta pengurusan tertinggi JAN.

Program tersebut merupakan antara pengisian yang telah dirancang oleh Jabatan sempena sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Pelbagai cabaran menarik seperti kuiz kemerdekaan, nyanyian berkumpulan dan permainan tradisional perlu diselesaikan oleh peserta.

JAN Merdeka Explorace bukan sekadar satu pertandingan atau acara riadah tetapi juga merupakan simbol kekuatan kerjasama, kecergasan minda dan fizikal, serta semangat setianegara yang menjadi teras kepada kecemerlangan JAN.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga JAN sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68.

WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.23 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.23 1 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.24 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.25 WhatsApp Image 2025 08 16 at 11.42.25 1  

 

  • Dikemaskini pada: 16 Aug 2025
  • Cetak
  • 7

faqhubungimaklumbalaspeta