Kunjungan Hormat Daripada President of the General Court of Audit of the Kingdom of Saudi Arabia dan Delegasi SAI Saudi Arabia
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Hussam Bin Abdulmohsen Alangari, President of the General Court of Audit of the Kingdom of Saudi Arabia dan delegasi SAI Saudi Arabia pada 15 Ogos 2025, di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut adalah TYT Mesaad Ibrahim A. Al Sulaim, Duta Arab Saudi ke Malaysia, YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan) dan YBrs. Pn Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan JAN.
Perbincangan tertumpu kepada pelbagai bentuk kerjasama dua hala antara SAI Malaysia dan SAI Saudi Arabia, terutamanya dalam aspek pengauditan awam dan usaha memperkukuh pembangunan kapasiti juruaudit bagi kedua-dua Institusi Audit Tertinggi (SAI). Turut diberi perhatian ialah potensi kerjasama strategik yang boleh dimanfaatkan untuk mempererat hubungan dua hala secara lebih mampan.