Program Ziarah Takziah
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 23 Ogos 2025, YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara (KAN) telah menziarah keluarga Allahyarham Mohd Sazali bin Mohd Saad, mantan Ketua Penolong Pengarah Audit Gred W12, Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang yang kembali ke Rahmahtullah pada 15 Ogos 2025 di rumah kediaman keluarganya di Georgetown, Pulau Pinang.
Dato' Seri KAN menzahirkan ucapan takziah daripada seluruh warga Jabatan Audit Negara (JAN) kepada ibu dan waris Allahyarham. Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad @ Mat, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Encik Azunan bin Daud, Pengerusi KAWIP dan Puan Faizah binti Abdullah, Pengarah Audit Negeri, JAN Negeri Pulau Pinang.
Dato' Seri KAN turut menyampaikan surat penghargaan ke atas perkhidmatan cemerlang Arwah kepada negara dan JAN secara khusus serta sumbangan warga JAN menerusi Tabung Kebajikan JAN kepada keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan ini.