faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Program Kecergasan Jabatan Audit Negara (JAN) 2025

WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.40.57 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.40.57 1 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.40.57 2 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.40.58 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.40.58 1 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.40.59 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.01 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.01 1

 

Program Kecergasan Jabatan Audit Negara (JAN) 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 22 hingga 24 Ogos 2025 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Program ini menghimpunkan lebih 1,000 warga JAN dari seluruh negara melalui penyertaan mengikut lima zon iaitu Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Borneo.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai acara sukan dipertandingkan melibatkan 13 kategori termasuk bola sepak, bola jaring, badminton, ping pong, sepak takraw, bola tampar lelaki dan wanita, dart, catur, karom serta tenpin boling (lelaki, wanita dan veteran).

Turut memeriahkan suasana ialah aktiviti sampingan seperti senamrobik, perarakan masuk kontinjen zon serta pertandingan Battle Cry yang penuh semangat, di mana Zon Borneo telah muncul sebagai juara.

Zon Tengah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan kejayaan merangkul hampir semua acara yang dipertandingkan, kecuali karom yang dimenangi oleh Zon Timur.

Majlis Penutupan Program Kecergasan JAN 2025 yang diadakan pada 24 Ogos telah diraikan dengan penuh warna-warni. Antara pengisian utama ialah Pertandingan Persembahan Kesenian yang disertai oleh atlet dari setiap zon. Zon Selatan muncul juara melalui persembahan bersahaja berbentuk sketsa pendek yang menonjolkan keunikan dialek negeri-negeri di zon tersebut, sekali gus mencuri perhatian para juri.

Majlis Penutupan turut diserikan dengan sesi kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan, yang melambangkan semangat patriotisme serta kebersamaan warga JAN.

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh semangat kebersamaan, disiplin serta kerjasama erat dalam kalangan warga jabatan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan penganjuran Program Kecergasan JAN 2025.

Semoga kejayaan dan semangat yang dipupuk sepanjang program ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Jabatan Audit Negara.

Jumpa lagi dalam edisi seterusnya!

WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.05 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.06 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.07 1 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.09 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.10 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.10 1 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.11 WhatsApp Image 2025 08 25 at 08.41.07

 

  • Dikemaskini pada: 25 Aug 2025
  • Cetak
  • 33

faqhubungimaklumbalaspeta