faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Jabatan Audit Negara Memacu Transformasi Digital Sektor Awam di Sidang Kemuncak AI ASEAN 2025

WhatsApp Image 2025 08 12 at 23.09.49 1 WhatsApp Image 2025 08 12 at 23.09.50 WhatsApp Image 2025 08 12 at 23.09.51 WhatsApp Image 2025 08 12 at 23.09.52 WhatsApp Image 2025 08 12 at 23.09.53 1 WhatsApp Image 2025 08 12 at 23.09.53 2

 

Jabatan Audit Negara (JAN) menyertai Sidang Kemuncak AI ASEAN (ASEAN AI Malaysia Summit 2025) sebagai pempamer, yang berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Majlis Perasmian ASEAN AI Malaysia Summit 2025 (AAIMS 2025) pada 12 Ogos 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara turut hadir ke Sidang Kemuncak tersebut di samping meluangkan masa melawat reruai pameran JAN.

Penyertaan JAN bertujuan mengetengahkan inisiatif inovatif JAN dalam mengintegrasikan Kecerdasan Buatan (AI) bagi merevolusikan bidang pengauditan sektor awam.

Selari dengan agenda pendigitalan negara, JAN mempamerkan sistem AI-Driven e-SelfAudit, sebuah inisiatif perdana di bawah Projek Digitalisasi Perkhidmatan Awam Jabatan. Sistem yang dibangunkan sepenuhnya secara dalaman ini merupakan bukti komitmen JAN terhadap inovasi dan penggunaan sumber awam secara berhemat.

Sistem e-SelfAudit menggunakan teknologi AI untuk mengautomasikan analisis data dan dokumen secara komprehensif, membolehkan JAN mencapai liputan audit tahunan 100% ke atas 1,856 badan lain termasuk syarikat yang telah diwartakan di bawah mandatnya. Pendekatan ini adalah tindak balas strategik kepada peluasan skop pengauditan susulan pindaan Akta Audit 1957.

Inisiatif baharu ini yang telah dilancarkan pada 6 Februari 2025 bukan sahaja mempercepat kitaran audit dan meningkatkan ketelusan, tetapi juga menetapkan satu penanda aras baharu dalam kecemerlangan pengauditan, meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam tadbir urus digital.

 

  • Dikemaskini pada: 14 Aug 2025
  • Cetak
  • 26

faqhubungimaklumbalaspeta