Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 pada 8 Ogos 2025 bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor UPSI; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan YBrs. Tuan Haji Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III.
Turut hadir ialah wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia, Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Firma Audit Swasta.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penandatanganan dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan UPSI bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 kepada Naib Canselor UPSI.