faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah

WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.26.00 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.26.01 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.26.03 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.26.05 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.26.06

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 8 Ogos 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya kepada dua syarikat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Sdn. Bhd. serta Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd..

Inisiatif pengauditan Syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.

Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar, Puan Sharhida Nazuha binti Saad, manakala Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar Kumpulan, Encik Abdul Roni bin Abu Bakar.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; YB Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri dan YBhg. Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I; dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

 

  • Dikemaskini pada: 08 Aug 2025
  • Cetak
  • 45

faqhubungimaklumbalaspeta