faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.33.13 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.33.14 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.33.14 1 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.33.17 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.33.18 WhatsApp Image 2025 08 08 at 16.33.19

 

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 8 Ogos 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Kerajaan Negeri Kedah diketuai oleh YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri dan YB Tuan Saifulrijal bin Azhari, Penasihat Undang-Undang Negeri.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Roslan bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Mesyuarat juga dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebaik berakhir mesyuarat.

 

  • Dikemaskini pada: 08 Aug 2025
  • Cetak
  • 36

faqhubungimaklumbalaspeta