faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 08 07 at 21.02.07 WhatsApp Image 2025 08 07 at 21.02.07 1 WhatsApp Image 2025 08 07 at 21.02.08 WhatsApp Image 2025 08 07 at 21.02.10 WhatsApp Image 2025 08 07 at 21.02.12

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 7 Ogos 2025 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Kerajaan Negeri Terengganu diketuai oleh YB Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri. Hadir sama ialah YB Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri dan Puan Hajah Marzialina binti Mohamed, Bendahari Negeri.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.

YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyampaian Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

 

  • Dikemaskini pada: 11 Aug 2025
  • Cetak
  • 29

faqhubungimaklumbalaspeta