faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 08 07 at 17.03.20 WhatsApp Image 2025 08 07 at 17.03.25 WhatsApp Image 2025 08 07 at 17.03.32 WhatsApp Image 2025 08 07 at 17.03.32 1

 

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 7 Ogos 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang diketuai oleh YB Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri. Turut hadir bersama YB Dato’ Zabidah binti Safar, Pegawai Kewangan Negeri, YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Halimuddin bin Chongge Pengarah Audit Kewangan JAN dan Puan Faizah binti Abdullah, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.

YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebaik berakhir mesyuarat.

 

  • Dikemaskini pada: 08 Aug 2025
  • Cetak
  • 45

faqhubungimaklumbalaspeta