faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang

WhatsApp Image 2025 08 07 at 17.02.29 WhatsApp Image 2025 08 07 at 17.02.36 WhatsApp Image 2025 08 07 at 17.02.37 WhatsApp Image 2025 08 07 at 17.02.38

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 7 Ogos 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya kepada dua syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. dan PDC Premier Holdings Sdn. Bhd.

Inisiatif pengauditan Syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan dan melibatkan 29 buah syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada 1,856 syarikat yang diaudit di seluruh Negara.

As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Kairi bin Ghazalli manakala PDC Premier Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Noor Effendy bin Othman.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Puan Faizah binti Abdullah, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.

 

  • Dikemaskini pada: 08 Aug 2025
  • Cetak
  • 60

faqhubungimaklumbalaspeta