faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Terengganu

WhatsApp Image 2025 08 08 at 05.55.48 WhatsApp Image 2025 08 08 at 05.55.48 1 WhatsApp Image 2025 08 08 at 05.55.53 WhatsApp Image 2025 08 08 at 05.55.54

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada tiga syarikat Kerajaan Negeri Terengganu iaitu PMINT Urus Sdn. Bhd., P-Excell Management Sdn. Bhd. dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. pada 7 Ogos 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Inisiatif pengauditan Syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.

PMINT Urus Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Zani bin Elias, P-Excell Management Sdn. Bhd. oleh Pengurus Besar, Encik Zainudin bin Mohamad manakala Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. diwakili oleh President & Group Chief Executive Officer, YBhg. Dato’ Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YB Dato’ Nara Setia Dato' Zulkifli bin Ali, Setiausaha, Kerajaan Negeri Terengganu; YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri; dan YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.

 

  • Dikemaskini pada: 08 Aug 2025
  • Cetak
  • 56

faqhubungimaklumbalaspeta