faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Sarawak

WhatsApp Image 2025 08 06 at 18.27.36 WhatsApp Image 2025 08 06 at 18.27.37 WhatsApp Image 2025 08 06 at 18.27.37 1 WhatsApp Image 2025 08 06 at 18.27.38

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak kepada satu syarikat Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Sarawak Energy Berhad pada 6 Ogos 2025.

Inisiatif pengauditan syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan dan melibatkan 182 buah syarikat Kerajaan Negeri Sarawak daripada 1,856 syarikat yang diaudit di seluruh Negara.

Sarawak Energy Berhad diwakili oleh Encik George Albert William Chapman, Senior Vice President dan Encik Steven Kho Chai Huat, Vice President, Internal Audit.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Syarikat Kerajaan JAN dan Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak.

 

  • Dikemaskini pada: 06 Aug 2025
  • Cetak
  • 62

faqhubungimaklumbalaspeta