Sesi Perjumpaan YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara Dengan Wakil Unit Audit Dalam (UAD) di Sarawak
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mengadakan Sesi Perjumpaan dengan wakil Unit Audit Dalam (UAD) di Sarawak pada 6 Ogos 2025. Turut hadir adalah YBrs. Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Audit Pengurusan Syarikat 1, YBrs. Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan, YBrs. Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan dan YBrs. Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak.
Wakil UAD yang hadir adalah dari Bahagian Audit Sekolah Cawangan Kuching, Kementerian Dalam Negeri Cawangan Sarawak, Kementerian Kesihatan Cawangan Sarawak, dan Kementerian Pertahanan Cawangan Sarawak.