Persidangan "Public Sector Financial Transformation 2025" (PSFTC 2025)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama di Persidangan "Public Sector Financial Transformation 2025" (PSFTC 2025) dengan tajuk "Beyond Numbers and Towards Stronger Public Sector Accountability" anjuran Kerajaan Negeri Sarawak bersama Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE) dan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) yang berlangsung di Kuching, Sarawak.
Persidangan dihadiri seramai 300 orang pegawai termasuk Ketua Jabatan, pegawai kewangan dan akaun dari Badan Berkanun Negeri (BBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi Kerajaan lain.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato' Seri Wan Suraya menekankan peranan Jabatan Audit Negara (JAN) sebagai institusi negara yang bertanggungjawab melaksanakan fungsi semak dan imbang. Beliau menegaskan, setiap ringgit yang dibelanjakan haruslah dilakukan secara berhemah dan mematuhi peraturan, demi memperkukuh serta memelihara kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.
YBhg. Dato’ Seri turut menyentuh mengenai syor Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Sarawak yang memerlukan tindakan segera terutama dalam penggunaan standard perakaunan. Beliau juga menyatakan kesediaan JAN untuk bekerjasama dalam pembangunan latihan bersama Kerajaan Negeri Sarawak. Kerjasama ini diharap dapat memperkasa modal insan serta meningkatkan profesionalisme dalam pengurusan kewangan.
PSFTC 2025 ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Turut hadir bersama Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Datu Hajah Elean Binti Masa'at, Akauntan Negeri Sarawak serta Ketua Jabatan Negeri yang lain.