Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat JAN Negeri Sarawak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyempurnakan Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sarawak pada 6 Ogos 2025, bersempena program kerja rasmi beliau di Sarawak.
Dalam ucapan peluncuran, YBhg. Dato’ Seri KAN menyeru kepada semua warga JAN Negeri Sarawak agar menyemarakkan bulan kemerdekaan ini sebagai warga negara yang cintakan tanahairnya serta atas tanggungjawab sebagai penjawat awam yang perlu sentiasa bersedia berbakti kepada negara.
YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya melancarkan gimik perasmian dengan memotong reben dan pelepasan bendera. Majlis disusuli dengan persembahan deklamasi sajak bertemakan patriotisme bertajuk "Semangat Kemerdekaan” oleh lima orang warga baru JAN Negeri iaitu Encik Nurriezlan bin Roselan, Encik Amir Zu-Nurain bin Jeman, Encik Khyreel Aimen Nur Daniel bin Kadir, Encik Shahfiq Aqmal bin Akil dan Puan Salwani binti Seth.
Turut memeriahkan majlis sambutan tersebut ialah YBrs. Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Sektor Audit Syarikat, YBrs. Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan, YBrs. Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak dan YBrs. Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelerasan Laporan. Majlis ini turut disertai seramai 132 warga JAN Negeri Sarawak termasuk dari pejabat cawangan Sibu, Bintulu dan Miri serta pegawai mewakili Unit Audit Dalam sekitar Kuching.