Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara Bagi Bulan Ogos 2025 dan
Majlis Kibar Jalur Gemilang Peringkat JAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan Ogos 2025 dan Majlis Kibar Jalur Gemilang Peringkat JAN telah diadakan pada 5 Ogos 2025 (Selasa) di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya.
Seramai 350 orang warga JAN hadir secara fizikal, manakala 936 orang lagi menyertai majlis ini secara dalam talian. Tema majlis kali ini adalah bertemakan kemerdekaan sempena bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan.
Dalam ucapan perasmian, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menekankan kibaran jalur gemilang bukan sekadar simbolik pengibaran bendera, tetapi adalah manifestasi kecintaan kita kepada tanah air dan kesediaan kita untuk terus berbakti kepada negara dengan sepenuh jiwa. Beliau juga menyeru kepada semua warga JAN agar menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan memperkukuh nilai integriti, disiplin dan rasa tanggungjawab dalam setiap tugasan harian.
YBhg. Dato’ Seri KAN turut merasmikan Majlis Peluncuran Kibar Jalur Gemilang Peringkat JAN sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025.
Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).