Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 pada 30 Julai 2025 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Kementerian Kewangan diketuai oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Turut sama dalam mesyuarat ini ialah Akauntan Negara Malaysia, YBhg. Datuk Nor Yati binti Ahmad, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, YBhg. Datuk Zamri bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin serta wakil-wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Hadir sama ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan 1.
YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.