Taklimat Pra-Sidang Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Taklimat Pra-Sidang Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Tahun 2024 pada 26 Julai 2025 di Johor Bahru, Johor.
Sesi taklimat ini diikuti dengan Taklimat Pra-Sidang Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Universiti Tun Hussein (UTHM), dan Perbincangan Awal Sesi Penyerahan Sijil e-SelfAudit dan Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) bersama Kerajaan Negeri Johor.
Turut hadir pada sesi ini ialah YBhg Datuk Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor.