faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.54.09 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.54.10 1 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.54.11 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.54.11 1 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.54.14 1 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.54.14 2

 

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 22 Julai 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.

Kerajaan Negeri Perak diketuai oleh YB Dato' Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Azmir Shah Bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak.

Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah Binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Nadhirah bt. Haji Abdul Wahab, Pengarah Kewangan II dan Puan Selwah bt. Haji Said, Pengarah Audit Negeri Perak.

YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebaik berakhir mesyuarat.

 

  • Dikemaskini pada: 28 Jul 2025
  • Cetak
  • 16

faqhubungimaklumbalaspeta