Jabatan Audit Negara Dekati Komuniti Melalui Program Santuni MADANI 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program Santuni MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) tahun 2025 diluncurkan di Sekolah Menengah Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taman Tasik Taiping, Perak pada 26 Julai 2025.
Program Santuni MADANI JAN tahun 2025 memberi tumpuan kepada kepentingan pendidikan tinggi dalam kalangan anak-anak muda di Taiping, disamping menekankan kepedulian terhadap isu-isu kemasyarakatan dan kelestarian alam sekitar.
Program tahun ini melibatkan kerjasama strategik antara JAN
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Perbandaran Taiping, Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak serta agensi-agensi kerajaan berkaitan.
Pengisian program termasuk program berteraskan elemen kesihatan dan kesukanan, sesi Executive Talk bersama Ketua Audit Negara bertajuk Amanah untuk Negara: Peranan Saya, Peranan Anda dan ceramah kesedaran mengenai pentingnya Kecerdasan Buatan (AI) dalam pendidikan.
Selain itu, lawatan turun padang dan gotong royong bersama komuniti setempat di Taman Ulu Tupai, Taiping juga diadakan. Tumpuan diberikan kepada aspek kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar khususnya isu pencemaran Sungai Tupai.
JAN juga menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti dengan menyantuni empat keluarga yang memerlukan kerja-kerja baik pulih bumbung rumah yang melibatkan dua unit di Kampung Pokok Assam dan dua unit di Kampung Tupai. Ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Perak atas sumbangan baik pulih melalui Program Sayangi Rumahku.
Pelaksanaan program ini juga memberi peluang kepada JAN untuk memastikan setiap peruntukan dan inisiatif yang dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat benar-benar sampai kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Program ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan pegawai-pegawai kanan JAN.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |