faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Sijil Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.53.38 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.53.40 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.53.40 1 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.53.43 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.53.43 1 WhatsApp Image 2025 07 23 at 07.53.43 2

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Sijil Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 21 Julai 2025 kepada dua syarikat Kerajaan Negeri Perak iaitu Perak Agro Mills Sdn. Bhd. dan YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. pada 22 Julai 2025.

Perak Agro Mills Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Mohd Azhar bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak manakala YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Dr Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar, Yayasan Perak.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, dan YBrs Tuan Azman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.

 

  • Dikemaskini pada: 22 Jul 2025
  • Cetak
  • 24

faqhubungimaklumbalaspeta