Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada dua syarikat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor dan Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd. pada 25 Julai 2025.
Yayasan Warisan Anak Selangor diwakili oleh Puan Gan Pei Nei, Ketua Pegawai Eksekutif, manakala Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd. diwakili oleh Puan Siti Faridah binti Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri selaku Ahli Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang merupakan badan induk kedua-dua syarikat ini. Turut hadir YBrs Encik Azman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Dr. Yati binti Md. Lasa Timbalan Pengarah Audit Negeri Selangor.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.