Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 25 Julai 2025 di Bilik Gerakan MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Kerajaan Negeri Selangor diketuai oleh YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Salim bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan I dan YBrs. Dr. Yati binti Md. Lasa, Timbalan Pengarah Audit Negeri Selangor.
YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebaik berakhir mesyuarat.