Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya kepada dua syarikat Kerajaan Negeri Melaka iaitu Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. dan Zakat Melaka Sdn. Bhd. pada 24 Julai 2025.
Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah manakala Zakat Melaka Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat, Ahli Lembaga Pengarah.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YB Tuan Khairul Azreem bin Mamat dan YB Datuk Wira Salhah binti Salleh selaku Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. manakala bagi syarikat Zakat Melaka Sdn. Bhd., sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Ahli Lembaga Pengarah dan YBhg. Datuk Muhamad Azmi bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Sdn. Bhd..
Turut hadir YBrs. Tuan Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan YBrs. Tuan Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.