faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Majlis Penasihat INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara)

WhatsApp Image 2025 07 24 at 21.58.48 WhatsApp Image 2025 07 24 at 21.58.49 WhatsApp Image 2025 07 24 at 21.58.50 WhatsApp Image 2025 07 24 at 21.58.50 2

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara hadir ke Mesyuarat Majlis Penasihat INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara) yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara pada 24 Julai 2025 di INTAN, Bukit Kiara.

Majlis Penasihat INTAN menghimpunkan barisan pimpinan kanan perkhidmatan awam, tokoh ternama dari sektor awam dan korporat, serta wakil-wakil terpilih daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan tertentu.

Dari sudut pengauditan sektor awam, Majlis Penasihat ini berfungsi sebagai wahana strategik dalam memperkukuh ekosistem tadbir urus yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti. Melalui input dan syor oleh tokoh-tokoh berwibawa, ini sekali gus memperkasa peranan Jabatan Audit Negara (JAN) dalam memastikan pematuhan terhadap kerangka perundangan dan peraturan, penilaian keberkesanan dasar serta pencapaian nilai optimum terhadap perbelanjaan awam (value for money).

Penglibatan YBhg. Ketua Audit Negara dalam majlis ini melambangkan iltizam berterusan JAN dalam memacu penambahbaikan pengurusan kewangan sektor awam. Komitmen ini turut dizahirkan melalui sokongan terhadap usaha pemerkasaan kompetensi penjawat awam, khususnya melalui program latihan dan pembangunan sumber manusia yang diterajui oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selaku institusi latihan utama perkhidmatan awam negara.

 

  • Dikemaskini pada: 28 Jul 2025
  • Cetak
  • 27

faqhubungimaklumbalaspeta