Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 24 Julai 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Kerajaan Negeri Melaka diketuai oleh YB Dato' Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Tuan Khairul Azreem bin Mamat , Penasihat Undang-undang Negeri Melaka dan YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV dan Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.
YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka sebaik berakhir mesyuarat.