Kunjungan Hormat Deloitte Malaysia Ke Atas Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Yee Wing Peng, Country Managing Partner (CMP) bersama Rakan Kongsi Deloitte Malaysia, Puan Siti Hajar Osman, pada hari ini di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara (JAN).
Kunjungan ini membincangkan berkaitan strategi pemantapan kerjasama antara JAN dan Deloitte Malaysia untuk meningkatkan kompetensi dan kapasiti pegawai kedua-dua pihak. Kerjasama ini akan memfokuskan kepada adaptasi transformasi digital, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan analitik data dalam bidang pengauditan.
Hadir sama ke sesi tersebut adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) merangkap "Chief Digital Officer" (CDO) JAN.