faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Taklimat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 Kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

WhatsApp Image 2025 07 24 at 17.12.37 WhatsApp Image 2025 07 24 at 17.12.37 1 WhatsApp Image 2025 07 24 at 17.12.37 2 WhatsApp Image 2025 07 24 at 17.12.40 WhatsApp Image 2025 07 24 at 17.12.42 WhatsApp Image 2025 07 24 at 17.12.43 1

 

Susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Syarikat Kerajaan Persekutuan di Dewan Rakyat pada 21 Julai 2025, satu sesi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah diadakan pada hari ini 24 Julai 2025 di Parlimen.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, kepada YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi PAC serta ahli-ahli PAC yang hadir. Taklimat ini bertujuan memperjelas penemuan utama LKAN 2/2025 serta menjawab pertanyaan berkaitan isu-isu yang dibangkitkan hasil pengauditan ke atas aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Syarikat Kerajaan Persekutuan.

Taklimat ini dilaksanakan oleh JAN setiap kali pembentangan LKAN di Parlimen yang mana Ketua Audit Negara tanpa gagal akan membuat pembentangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai LKAN.

Kerjasama erat antara JAN dan PAC ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh integriti, ketelusan dan akauntabiliti pengurusan kewangan awam demi kepentingan rakyat dan negara.

 

  • Dikemaskini pada: 24 Jul 2025
  • Cetak
  • 92

faqhubungimaklumbalaspeta