faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Perbahasan dan Penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025

WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.25 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.26 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.26 1 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.26 2 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.27 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.28 1

 

Sekitar sesi perbahasan dan penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 di Parlimen pada 23 Julai 2025 (Rabu) yang telah dihadiri oleh YBhg Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.

YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah membentangkan usul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat.

Manakala YB Timbalan Menteri Tuan M.Kulasegaran a/l V.Murugeson telah membuat penggulungan Perbahasan LKAN 2/2025.

JAN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 32 orang Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat yang telah menyertai sesi perbahasan kali ini serta menyampaikan syor dan pandangan bagi memperkukuh tatakelola, pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kerajaan Persekutuan demi kepentingan negara.

JAN juga menghargai sokongan berterusan daripada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan/Ketua Pegawai Eksekutif yang terlibat sepanjang proses pengauditan. Kerjasama dan komitmen yang baik ini diharap akan dapat diteruskan dalam usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti sektor awam.

Turut hadir bersama di Parlimen adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Audit Negara.

Kecekalan semangat dan komitmen Ketua Audit Negara bersama seluruh warga JAN dalam melaksanakan mandat serta tanggungjawab yang diamanahkan menjadi teras kepada keberkesanan fungsi pengauditan negara.

Sebagai institusi audit yang bebas, profesional dan berintegriti, JAN akan terus memperkukuh tadbir urus serta akauntabiliti demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.29 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.32 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.32 2 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.33 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.34 1 WhatsApp Image 2025 07 24 at 10.41.34

 

 

  • Dikemaskini pada: 24 Jul 2025
  • Cetak
  • 101

faqhubungimaklumbalaspeta