Kunjungan Hormat Pengerusi Institute of Strategic & International Studies (ISIS) ke Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Pengerusi Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia, pada 21 Julai 2025 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Pertemuan ini menjadi platform perkongsian strategik yang menyentuh peranan ISIS dalam mengangkat wacana dasar awam serta meneroka potensi kerjasama bersama Jabatan Audit Negara bagi memperkukuh tadbir urus dan kebertanggungjawaban sektor awam melalui pendekatan dasar berasaskan bukti (evidence-based policy).
Antara inti perbincangan turut merangkumi keperluan analisis risiko makro, landskap geopolitik serantau dan global, serta pentingnya membina kapasiti institusi awam bagi menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks dan dinamik.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama ke arah memantapkan ekosistem tadbir urus negara melalui kolaborasi berimpak tinggi antara agensi.