faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Julai 2025

WhatsApp Image 2025 07 21 at 12.15.40 WhatsApp Image 2025 07 21 at 12.15.41 WhatsApp Image 2025 07 21 at 12.15.41 1 WhatsApp Image 2025 07 21 at 12.15.42 WhatsApp Image 2025 07 21 at 12.15.43

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Julai 2025 yang berlangsung pada Isnin, 21 Julai 2025 bertempat di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri, beliau menekankan pentingnya peranan penjawat awam dalam memperkukuh komunikasi strategik bagi menyampaikan dasar dan inisiatif Kerajaan kepada rakyat. Beliau turut menyeru agar semua penjawat awam memahami isi kandungan setiap inisiatif secara menyeluruh supaya penyampaian kepada masyarakat lebih tepat, berkesan, dan mampu memperbetul persepsi yang tidak benar terhadap pentadbiran.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), dan YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), bersama Pengurusan Kanan Jabatan Audit Negara (JAN) serta para pegawai yang mewakili Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri Sembilan dan Selangor.

 

  • Dikemaskini pada: 21 Jul 2025
  • Cetak
  • 71

faqhubungimaklumbalaspeta