faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Ketua Audit Negara Malaysia Hadir ke “10th Joint Seminar And 41st Public Service Games For Malaysia And Singapore Public Sector Leaders 2025”

WhatsApp Image 2025 07 19 at 21.39.51 WhatsApp Image 2025 07 19 at 21.39.51 1 WhatsApp Image 2025 07 19 at 21.39.53 WhatsApp Image 2025 07 19 at 21.39.53 1    

 

Usai menghadiri Mesyuarat ke-62 Lembaga Pengelola Asian Organization of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) di Azerbaijan, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia telah menghadiri '10th Joint Seminar and 41st Public Service Games for Malaysia and Singapore Public Sector Leaders 2025' yang berlangsung di Singapura dari 18 hingga 20 Julai 2025.

Seminar ini berperanan sebagai platform strategik bagi pemimpin sektor awam tertinggi dari kedua-dua negara untuk berkongsi pandangan dan amalan terbaik dalam aspek transformasi serta tadbir urus sektor awam.

YBhg. Dato’ Seri turut menghadiri majlis makan malam bersama TYT Mr. Ng Wai Choong, Ketua Audit Negara Singapura — satu pertemuan yang membuka ruang perbincangan berkenaan isu-isu pengauditan dan peluang kerjasama antara institusi pengauditan kedua-dua negara.

Acara ini turut diserikan dengan perlawanan persahabatan boling dan ping pong melibatkan pegawai kanan dari Malaysia dan Singapura — simbol hubungan dua hala yang akrab dan harmoni.

Keseluruhannya, penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan sektor awam Malaysia dan Singapura dalam memperkukuh jaringan kerjasama serantau demi mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam secara lebih berkesan.

WhatsApp Image 2025 07 19 at 21.39.53 2 WhatsApp Image 2025 07 19 at 23.31.49 WhatsApp Image 2025 07 19 at 23.31.49 2 WhatsApp Image 2025 07 20 at 11.08.04

 

 

  • Dikemaskini pada: 20 Jul 2025
  • Cetak
  • 96

faqhubungimaklumbalaspeta