Sesi Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 di Dewan Rakyat
![]() |
![]() |
![]() |
Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 (LKAN 2/2025) mengenai Prestasi Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Persekutuan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 21 Julai 2025.
Sesi Penyerahan LKAN 2/2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) kepada YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Julai 2025, di Parlimen.
Turut hadir YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III, Sektor Audit Kewangan dan Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan.